Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini di mana Rasulullah saw. mengatakan "Sebaik-baiknya sedekah yaitu sedekah di bulan Ramadhan," kami dengan hormatnya ingin merayu sumbangan kewangan dari Y.Bhg Tuan/Puan untuk menjayakan cita-cita membangunkan Kompleks Pendidikan Islam Seri Al Huda.

PROF. DR. SIDEK BABA
Pengerusi JK Pengumpulan Dana Seri Al Huda
Tokoh Maulidur Rasul Perdana 1430 H
klik untuk borang sumbangan
Cikgu Sidek

Hikmah Media

hg

Petikan dari buku ”Anugerah Islam Kepada Ketamadunan” oleh Dr. Muhammad Imarah dan terjemahan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty 

Sesungguhnya kitab suci al-Quran dengan keberkatan surah-surah dan ayat-ayatnya telah melahirkan umat Islam sejak dahulu sehingga masa ini. Umat yang telah dilahirkan daripada rahim al-Quran ini, memberi kesan yang bukan kepalang kepada peradaban manusia. Al-Quran telah mencorakkan umat ini dengan mewujudkan lima prinsip penting. Dengan lima prinsip tersebut, Islam telah dapat menyatukan mereka sehingga menjadi umat yang berbeza dari umat-umat lain. Sesungguhnya al-Quranlah yang telah menyatukan akidah umat dengan satu kesatuan sehingga terbentuknya umat yang bersatu padu. Firman Allah (s.w.t):

“Rasul telah beriman kepada al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain) daripada rasul-rasulNya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat”, (mereka berdoa): “Ampunlah kami, Ya Tuhan Kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”. (Surah al-Baqarah: 285).

Last Updated ( Saturday, 05 September 2009 00:11 )

Read more...

 

hgSambutan Hari Usahawan telah diadakan pada 6hb Julai di dataran sekolah. Tujuan sambutan diadakan ialah untuk memupuk semangat keusahawanan dikalangan para pelajar disamping mempereratkan hubungan diantara pelajar, guru-guru dan penjaga. Setiap kelas telah membuka gerai dengan menjual berbagai jenis makanan dan minuman. Disamping itu, tayangan filem dan rumah hantu turut juga diadakan. Hadiah-hadiah cabutan bertuah telah disampaikan oleh Tuan Hj Yusri Mohammad, Dr. Amran Mohammad dan Prof. Madya Dr. Adam Suhaimi. Sambutan dan sokongan dari semua pihak, khususnya ibu-bapa adalah amat menggalakkan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua pihak yang telah terlibat untuk menjayakan Hari Usahawan pada tahun ini.

Last Updated ( Thursday, 03 September 2009 04:07 )

Read more...

 

hgPihak sekolah telah menganjurkan sesi Taklimat Influenza H1N1 kepada seluruh pelajar dan kakitangan sekolah pada 3hb Ogos yang lalu. Dr. Maryati Maharon, sukarelawan Biro Kesihatan ABIM Pusat telah hadir memberikan taklimat dengan lengkap. Beliau menasihatkan setiap pelajar supaya sentiasa peka dan prihatin dengan kesihatan diri sendiri dan bersegera berjumpa doktor bila terdapat tanda-tanda Influenza H1N1 seperti demam, batuk dan sebagainya. Antara perkara yang ditekankan ialah sentiasa mencuci tangan, menutup mulut bila terbersin, jangan terbersin ke muka kawan dan hindari tempat-tempat awam. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih kepada Dr. Maryati dan juga Biro Kesihatan ABIM Pusat dan berharap siri-siri taklimat kesihatan akan diteruskan dari masa ke semasa.

klik untuk nota taklimat Dr. Maryati

Last Updated ( Thursday, 03 September 2009 04:07 )

Read more...

 

Y.Bhg Tuan/Puan,
 

Assalamu alaykum wrh wbt.,
 
RAYUAN DANA RAMADHAN UNTUK PEMBANGUNAN KOMPLEKS PENDIDIKAN SERI AL HUDA

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ‘Selamat Berpuasa’ dan mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan dan kemudahan kepada Y.Bhg Tuan/Puan untuk menunaikan ibadah puasa di bulan yang penuh dengan keberkatan ini, insyaAllah.
 
Sekolah Rendah Islam Al Huda telah ditubuhkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia untuk membangun modal insan yang sempurna. Asas-asas fundamental dalam pembangunan modal insan harus menjadi fokus dalam proses pengilmuan dan pendidikan yang sifatnya integratif. Memberi respon tentang keperluan pasaran serta perkembangan pasaran kerja semata tidak memadai untuk membangun modal insan yang memiliki sahsiah unggul. Jenis cabaran kehidupan manusia pada masakini dan masadepan tidak hanya dalam kepentingan maklumat, ilmu dan penguasaan teknologi yang sifatnya mekanistik tetapi tuntutan terhadap keluhuran hatibudi insan yang menghayati nilai-nilai teras yang tinggi disamping watak kemanusiaan yang memahami erti persaudaraan dan ukhuwwah supaya komunikasi yang berkembang mempertautkan hati-hati insan seutuhnya. Bagi menghasilkan produk modal insan yang Islami, integrasi Ilmu Mengurus Diri dan Mengurus Sistem harus berlaku dengan perancangan kurikulum yang baik, metodologi pendidikan yang menimbulkan kesan penghayatan dan penguasaan ketrampilan yang terkini supaya ianya menghasilkan jenis modal insan yang mampu mendepani cabaran globalisasi dan menjadikan umat Islam sebagai penyumbang terhadap tamadun umat manusia.
 
Inilah visi dan matlamat penubuhan Seri Al Huda. Berbagai perancangan dan pelan tindakan telah diambil untuk mempastikan cita-cita besar ini akan terlaksana. Salah satu usaha yang sedang berjalan ialah membangunkan Kompleks Pendidikan Islam Seri Al Huda yang akan menempatkan blok bangunan sekolah, tadika, dewan serbaguna, surau dan kemudahan-kemudahan lain yang dijangka siap pada penghujung tahun 2010. Kos pembinaan Kompleks ini adalah dianggarkan sebanyak RM7 juta.  Justeru, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini di mana Rasulullah saw. mengatakan "Sebaik-baiknya sedekah yaitu sedekah di bulan Ramadhan," kami dengan hormatnya ingin merayu sumbangan kewangan dari Y.Bhg Tuan/Puan untuk menjayakan cita-cita membangunkan kompleks ini.   Sila layari http://www.hikmahmedia.net untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.
 
Akhirnya, kami mendoakan semoga Allah swt membalas sumbangan dan kerjasama Y.Bhg Tuan/Puan dengan pembalasan yang lebih baik di dunia dan juga di akhirat nanti. Sekian, terima kasih.

Wassalamu alaikum.
 


PROF. DR. SIDEK BABA
Pengerusi JK Pengumpulan Dana Seri Al Huda
Tokoh Maulidur Rasul Perdana 1430 H


klik untuk Borang Sumbangan

Last Updated ( Wednesday, 02 September 2009 00:49 )

Read more...

 

c

 

Cafe Al Huda kini dibuka. Hidangan istimewa yang disediakan ialah beraneka jenis laksa, ABC, cendol dan nasi campur (tengahari sahaja). Lokasi cafe ialah Batu 7, Jalan Gombak, 100 meter dari Masjid As Sharif menghala ke UIA. Ini adalah sebahagian usaha pihak sekolah untuk mengumpul dana bagi Pembangunan Kompleks Pendidikan Al Huda. Setiap pembelian akan menyumbang terus kepada Tabung Pembangunan Kompleks. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terimakasih diatas sokongan dan bantuan dari semua.

 Klik untuk peta

Last Updated ( Sunday, 21 June 2009 23:41 )

Read more...

 

Dato' Dr. Siddiq Fadhil

HAMKA adalah putera besar Alam Melayu yang tampil pada saat umat mengalami kegawatan menangani pelbagai persoalan berat yang diakibatkan oleh penjajahan dan proses pembaratan. Sebagai ilmuwan, pemikir Hamka memberikan perhatian yang serius terhadap isu kemelayuan dan keislaman dalam konteks permasalahan tersebut. Menyelami jiwa dan minda Hamka menerusi karya-karya tulisannya, kita dapat menemukan kesegaran roh keislamannya dan kekentalan semangat kemelayuannya. Kedua-dua unsur tersebut menyatu secara harmonis membentuk wataknya. Dengan ungkapan lain, Melayu Hamka adalah kemelayuan yang telah menyerap roh keislaman sepenuhnya.

Read more...

 

hgSambutan Hari Guru 2009 telah diadakan pada hari Sabtu 23hb Mei di dataran sekolah. Sambutan dimulakan dengan persembahan nasyid yang penuh bersemangat dari guru-guru Seri Al Huda dan kemudiaannya diikuti dengan ucapan Ketua Umum Pelajar. Sambutan kali ini dimeriahkan dengan Ucapan Hari Guru yang disampaikan oleh Ybhg Prof Dr. Sidek Baba. Beliau menasihatkan pelajar-pelajar supaya sentiasa menghargai guru-guru yang telah mendidik mereka untuk menjadi seorang yang berjaya. Guru-guru adalah umpama lilin yang telah berkorban untuk mempastikan kejayaan murid-murid mereka. Prof Sidek memberi semangat kepada guru-guru untuk terus berusaha dan mengibaratkan pelajar-pelajar adalah umpama permata yang perlu digilap untuk memperlihatkan kemampuan dan bakat pelajar.

Acara sambutan seterusnya ialah permainan bowling padang dan lari bawa bola. Gabungan pasukan antara guru-guru dan pelajar telah menambahkan lagi ikatan kemesraan diantara guru dan pelajar. Hadiah-hadiah telah diberikan kepada kumpulan yang menang. Sambutan Hari Guru diakhiri dengan jamuan istimewa yang disediakan oleh pihak kantin. Terimakasih diucapkan kepada Ybhg Prof Sidek Baba yang meluangkan masa untuk menghadiri sambutan tahun ini. Terimakasih juga kepada guru-guru, pelajar dan ibubapa yang telah memberikan kerjasama menjayakan majlis yang diadakan.

Last Updated ( Sunday, 24 May 2009 01:03 )

Read more...

 

<< Start < Prev 1 2 3 Next > End >>

Page 1 of 3